BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 21, 2013

cikgu single?

selalu anak murid yang sorang ni duk tanya...
cikgu single lagi kan....
 so si cikgu ni senyum,,jawab "tak" pun tak, jawab "ya" pun tak

pastu kawan dia kata...tak tengok ke, tangan cikgu takder cincin...so tak kawin la...
 si cikgu ni gelak....daalam hati, macam2 budak zaman sekarang...

anak murid ni pun cakap ngan kawan dia...
ala sekarang ni tak semestinya guna cincin...gelang rantai semua boleh la....
 dalam hati cikgu, wow advance sungguh budak skunk ni, zaman kita dlu, asyik duk fikir cincin aja....

rupa-rupanya ada di sebalik kisah dari tu dia duk tanya...

dan aku mampu tersenyum..sebab dari berkata2 baik aku senyum, mendiamkan diri sahaja

dah lama rasanya tak balik kampung...saya nak balik kampung....
rindu kat family...balik pun cuti sekolah...sorang2....
yeay...macam dulu2 jugak....

semua masih sama...
tak ada yang berubah....
tiada perbezaan....
sama..

kelakar...pergi kedai...pergi makan...
dudukk sekolah....

tak sabar nak balik....

tenangkan fikiran dari kesibukan dan kepenatan

penat

penat tak??
kadang2 kita penat....penat memikirkan sesuatu yang kita sendiri tak tahu mana hala tuju..
sebab PENAT BUKAN LAH ORANG...yang boleh naik kereta nak tuju pergi sogo ke, parkson ker...

ngeh ngeh ngehhh

penat juga menunggu bulan jatuh ke riba
sampai sudah tak turun pun bulan tu....
penat sehingga hati pudar, mata pun pudar, kulit pun pudar....
sampai kosong fikiran

orang

orang gembira kita gembira
orang bersuka kita bersuka
orang ketawa kita ketawa

tapi pernah tak
kita bersedih orang turut bersedih?
kita kecewa orang turut kecewa?

menhargai

bila berada bersama, kita sering mengabaikannya

bila selalu berada bersamanya kita sering tidak mengendahkan kehadiran nya

namun, apabila seseorang itu telah pergi, barulah kita sedar bertapa pentingnya kita MENGHARGAI dia...

hargai dia selagi mampu
hargai dia selagi masih ada
kerana
bila seseorang itu hilang, baru kita akan sedar rasa SAKIT KEHILANGAN itu

Sunday, March 17, 2013

hati

Kadang orang makan hati..
Hati apa,
Hati ayam ada, hati lembu pun ada

Manusia makan hati dan akan rasa sakit hati....
Sama ada sakit hati benda yang sedih, marah, xpuas hati dan sebagainya...

Bayangkan hati seperti kertas yang putih...
Bila ada sesuatu yang membuatkan manusia makan hati atau sakit hati, kertas akan dikeronyokkan sedikit...bila dah lama kejadian berulang,
Semakin banyak dan akhirnya menjadi kertas yang dikeronyokkan seperti sampah tu....

Bila di buka kertas tersebut menjadi sekeping,
Permukaan tak selicin dahulu, masih ada kesan
Lebih parah ada garisan halus dan kasar...

Perasaan dan hati, terlampau susah nak digambarkan
Kesakitan yang dialami, walaupun sudah sembuh
Masih ada kesan seperti garis2 yang muncul diatas kertas..

Namun ia lebih parah , jika kertas tersebut x mampu nak bertahan,
Sehingga renyukkan kertas menjadi koyak
Begitulah juga manusia, selagi bersabar dan mampu bertahan ia akan bertahan walaupun hati dan perasaan tercalar,
Tetapi, jangan sampai hati itu patah dan perasaaan itu pudar sepeeti kertas yang koyak.
Kerana x mampu nak menanggung ke sakiitan.

Sunday, March 10, 2013

rindu

dan hri ini saya rindu akan suami saya...sayang abg...