BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 27, 2013

pokok

ada sebatang pokok......yang tumbuh.....dari kecil sampai la pokok tu menjadi besar dan matang....pokok tu tidak la berbuah....agaknya mungkin pokok tu ada masalah tumbesaran kot.....pokok tu pada mulanya ditanam dan dijaga rapi oleh tukang kebun....namun setelah sekian lama ia terbiar, tidak dijaga dan tidak terurus....jadi seringkali daun pokok itu gugur...batang nya berkulat tanda hendak tumbang....namun....ia tetap bertahan....walau angin hujan ribut melanda..pokok tetap teguh berdiri...dengan harapan ada orang akan menyelamatkannya......
ya......kemudian ada orang yang menyelamtkannya....namun indah khabar dari rupa....rupa rupanya....tuan baru itu hanya sekadar melepaskan batuk di tepi tangga.....hanya hangat hangat tahi ayam sahaja pada mulanya.....namun apakan daya...nasi sudah menjadi bubur....pokok tersebut tidak boleh menoleh ke belakang lagi....
ia terus berjuang demi hidupnya....dan berazam mungkin ada sinar mentari pada hari akan datang....hujan panas bersilih ganti.....ia tetap sama....tidak berubah dan makin teruk terjadi pada pokok itu.....
tiada tempat mengadu...kasihan pokok itu bersendirian....hanya mampu menangisi nasibnya...dengan mengugurkan daun daun yang menghijau hingga pudar lalu kering layu jatuh ke bumi....
pokok sekali lagi terus berjuang meneruskan hidupnya buat kali kedua....tuan itu sering menakik batang pokok tersebut....umpama tidak memberi peluang kepada pokok itu untuk hidup...sering mematahkan ranting kasar pokok.....tiada hatikah tuan itu terhadap pokok itu.....masa silih berganti....namun tiada sinar kegembiraan menanti......
pokok tidak bersemangat untuk meneruskan hidup...sudah tawar hati dan berputus asa......acap kali daun2 yang menghijau jatuh menyembah bumi kerana tidak tahan akan nasibnya......
biarlah, hati ku sudah tiada disini......kata pokok itu.....tidak mampu menangisi saban hari....ujar pokok itu lagi....
hari silih berganti.....urat2 kayu yang hiduo pada dulunya kini semakin menunjukkan riak mati....daun yang menghijau pada dulunya....kini menunjukkan kekuningan....batang pokok yang mempunyai getah...kini kering sekering hatinya.......

0 comments: