BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 4, 2013

hidup

Hidup ini kadang kala tak selalu indah
Kadang kala ada naik dan turunnya
Ada hujan dan guruhnya
Namun masih bahagia
Kerana disebalik itu ada pelangi
Namun ramai yang tidak sedar..
Pelangi yang indah itu membawa pelbagai maksud...
Jika diputarkan warna pelangi itu, ia menjadi satu
Iaitu warna putih...
Betapa suci dan bersihnya warna putih itu....ibarat bayi yang baru lahir

Namun Allah bagi kita ujian untuk menguji kita...
Namun Allah juga tahu sama ada benda atau sesuatu yang diberi kepada umatnya itu mampu ditanggung atau tidak..
Begitu pada aku, anak.....
Yang dikandung tetiba hilangbegitu..perasaan gembira bertukar menjadi sedih dengan sekelip mata....
Namun ada insan berbisik ke telinga dan hati ini
Farah..Allah tahu apa yang akan terjadi pada kita n pada masa akan datang.
Allah juga tahu sama ada kita dapat tanggung ujian atau segala yang diberi....
Farah jangan stress...akak dah pernah lalui semua tu....sebab tu akak tak pernah tanya dekat farah....orang lain tak pernah faham...yang pernah berlaku kepada diri kita sendiri sahaja yang faham


Hati ku berbisik...
Ya betul kak..mungkin farah sudah lupa kenapa semua ini berlaku....tima kasih sebab ingatkan farah untuk terima qada dan qadar....tima kasih sebab tenangkan hati farah.....terima kasih sangat2....

Mungkin kita lupa...ujian yang Allah bagi kat kita ni untuk kembalikan kita dekat padaNya
Kita juga mungkin lupa bahawa setiap yang Allah beri tu...ada rencana dan rancanganNya sendiri...

Manusia yang khilaf seperti aku, alpa dengan emosi dan perasaan....dan kemudian tenggelam dengan perasaan benci, sedih

Padahal sepatutnya kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah beri...

Kakak..terima kasih yaaaaaaa
Doakan farah....agar ada sinar cahaya mata yang menanti


0 comments: