BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 13, 2011

masa dulu

imbauan kembali masa dulu..
orang kata tak elok kita melihat masa lama...
ada orang juga berkata, elok kita melihat masa lampau...
mana satu boleh di guna pakaikan???...

kadang kala masa lampau membawa seribu kemanisan yang tak dapat dibeli...
kerana ia satu pengalaman yang dijalani oleh setiap individu itu sendiri...
apa yang dirasai tidak sama seperti orang lain...
mungkin jalan ceritanya sama, tetapi keadaan, situasi atau benda lain membuatkan ia sesuatu yang membezakan antara kisah kita dengan orang lain....

ada orang masa dulunya manis seperti madu,
ada orang masa dulunya pahit seperti hempedu,
dan ada juga orang masa dulunya mempunyai secukup rasa...tidak terlampau manis, tidak terlampau pahit dan tidak terlampau masam....
bak kata orang memasak, secukup rasa....

bila ditanya, zaman apa yang indah...
ramai menjawab zaman kanak-kanak paling indah..
zaman kanak-kanak yang indah tanpa ada sebarang masalah..
masalah utama pada masa itu hanyalah bermain dan makan...
tak susah...
tidak perlu mengejar apa-apa pada waktu itu...
hanya mengejar kawan-kawan sambil bermain riang di atas padang hijau...

zaman kanak-kanak la juga kita berasa takut...
sebab zaman itulah kita paling banyak dimarahi...
bukan marah secara melulu dan membuta tuli..
tapi kerana marah sayang untuk membentuk seorang insan yang dikagumi oleh ibu bapa itu sendiri...

zaman kanak-kanak juga membuatkan aku rasa tersenyum...
teringat gelagat pada ketika itu...
manja..tangisan...rontaan..senyuman..gelak ketawa...
hahahah....meriahnya ketika itu....
mempunyai sebuah keluarga....

kadang kala aku rindu pada zaman itu...
menginjak dewasa kemesraan semakin berkurang...
mungkin kerana tanggungjawab yang dipikul...
mungkin juga keinginan untuk berjaya dalam hidup...
atau mungkin juga setiap orang ingin mencari haluan hidup sendiri...
dan aku merasakan zaman sekarang ini tidak boleh membeli masa dulu...
kerana manusia itu sendiri tidak boleh mencipta mesin masa untuk kembali ke zaman dahulu ataupun ke zaman akan datang...
kerana itu adalah di luar bidang kuasa seorang insan yang bergelar manusia..
hanya Dia sahaja yang boleh menentukannya..
dan jika hal ini berlaku, maka pincanglah dunia ini..
kerana itu Allah tidak membuat puataran masa yang boleh mengembalikan semula masa silam kita atau mengembara ke masa depan...
itulah kekuasaan-Nya..hanya Allah sahaja yang tahu...

rindu pada masa dahulu kian bertambah..
mengingat seseorang yang tak dapat dilupakan...
kadang-kadang rasa menyesal, dan kadang aku merasa marah..
dan bila di fikir kembali, hati terasa sayu..
alangkah indah jika pada waktu itu aku seorang anak yang taat dan mendengar kata..

apa yang lakukan sekarang, hanya berdoa dan bersedekah kepada seseorang yang amat aku sayang...
dengan niat aku sangat menyayanginya walaupun aku tidak pernah sesekali menunjukan rasa kasih dan sayang aku kepadanya sewaktu di dunia...
hanya dihari terakhir perpisahan, sedikit kasih dan sayang ku akhirnya terungkai jua..
air mata yang menitis laju tidak dapat mengembalikan semula apa yang sudah terjadi...
kerana apabila roh sudah terpisah dari jasad ia tidak membawa apa-apa makna...
walaupun sudah setahun lebih ia berlalu,,hati ini masih tidak boleh melupainya...betapa egonya aku pada ketika itu bila diingatkan kembali,,,

kadang-kadang aku rindu pada masa dulu,
makan bersama-sama, ketawa bersama-sama, bermacam-macam perkara...
segalanya diaturkan oleh orang yang aku sayang..
pada waktu itu memang aku sebagai anak rimas kerana menginjak dewasa ini aku tidak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri...dari perkara yang sebesar-besarnya hinggalah ke perkara yang sekecil zarah..
tapi pada ketika ini aku rindu akan keadaan itu. tiada sesiapa yang membantu aku membuat pilihan..dan sekarang aku perlu membuat pilihan itu sendiri...dan aku merasa aku masih seperti kanak-kanak kecil yang perlukan bantuan untuk membuat pilihan..namun tiada siapa yang dapat membantu aku..dan akhirnya aku terkapai seorang diri..

rindu makan makanan yang melazatkan..hanya sebut, maka tersedialah hidangan itu nanti..tidak kira siapa, anak yang mana tetap dilayan sama rata, masakan yang sedap dan enak terhidang diatas meja, aroma yang cukup menyelerakan, makan bersama-sama..namun sekarang sudah berubah, masing membawa haluan sediri, makan berasingan.tidak menunggu satu sama lain...dan aku amat rindu pada masa dulu...

dan yang paling aku rindu dan teramat rindu adalah kasih sayang yang diberikan yang tak dapat aku rasai lagi.senyum, gelak tawa, marah, bebelan membuatkan aku rindu pada semua tu. semua itu sudah terlambat. aku hanya mampu membawa kenangan tersebut...

kesejukan hujan pada hari ini tidak boleh melenyapkan memori yang tercatat di dalam minda. walaupun seketika aku mengecapai kasih sayangnya, aku tetap bersyukur kerana aku masih sempat disayangi dan menyayanginya selama 21 tahun...

rindu ini takkan terpadam..
kasih dan sayang ini juga takkan terpisah....
memori ini akan ku ingat sampai bila...
tiada gunanya kita ego apabila berkasih sayang...
kelak, hati akan terluka...

0 comments: