BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 10, 2011

dengan hati kita dapat mendengar,
dengan hati kita dapat melihat,
dengan hati juga kita dapat merasa,

kadang kala orang disekeliling tak pernah merasai hati kita,
hanya kita yang dapat merasainya,
kerana ia sebahagian dari hidup kita.

adakah orang lain mempunyai hati?
apa yang terdapat pada hati?

menurut sains;
hati merupakan kelenjar terbesar di dalam tubuh,
terletak di dalam rongga perut sebelah kanan,
tepatnya ia di bawah diafragma,
berdasarkan fungsinya pula,
hati juga termasuk sebagai alat ekskresi

menurut islam;
ia menunjukkan bahagian yang paling murni dan paling mulia dari sesuatu,
bersih hati bersihlah kita dari dosa-dosa,
gelap hati itu menggeruni kita,
ia juga sangat rawan untuk berbolak-balik dan berubah haluan,

menurut cinta dan kasih sayang;
hati yang mempunyai perasaan,
sama ada yang manis atau yang pahit,
wujud dengan kehadiran kasih dan sayang,
yang tidak kira pada sesiapa,
yang hidup mahupun yang bukan hidup,

tapi kenapa masih ada manusia yang tidak mempunyai hati,
sedangkan dari saintifiknya setiap manusia lazimnya mempunyai satu hati,
dari sudut agama pula setiap manusia mempunyai hati,
bahkan begitu juga dalam cinta,

adakah hati yang tidak digunakan sebaiknya membuatkan orang lain merasakan bahawa individu tersebut tidak mempunyai hati?
justeru dengan itu ia dilabel sebagai "MANUSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN" atau "MANUSIA YANG TIDAK BERHATI PERUT!"

tetapi, kita siapa untuk menilai manusia itu sendiri.
sedangkan kita ini bukan sesiapa di atas muka bumi Allah ini.
makhluk yang serupa dicipta menjadi manusia seperti manusia-manusia yang lain,

maka kenapa kita perlu menyakitkan hati orang lain?
atau ia berlaku tanpa sedar atau lebih terperinci lagi menyakitkan hati orang secara TIDAK SENGAJA.

rasionalkah alasan itu?

dalam diam hati manusia ini sudah berfikir,
apa salah ku?
apa dosaku?
kenapa ia terjadi padaku?
jahatkah aku?

namun dalam diam juga hati mula mendapat jawapan,
ia adaalah kemanisan hidup,
jika tiada masalah manusia tidak akan berfikir secara rasional,
ia menjadi manusia lebih dewasa,
manusia yang matang,
dan yang penting ia menyedarkan kita,

siapa manusia disebalik topeng wajahnya itu....

0 comments: